Telaga Biru



Tajuk Buku :: ENSIKLOPEDIA SOLAT
Harga :: RM100.00
Penulis :: Datuk Haji Md.Hashim Yahaya

Ensiklopedia Solat ini harus menjadi rujukan yang penting bagi kegunaan pusat sumber,perpustakaan awam, pusat pengajian tinggi, sekolah, masjid, madrasah, kelas pengajian malah setiap rumah harus memilikinya untuk panduan seisi keluarga kerana terdapat banyak kelebihan dengan memiliki ensiklopedia ini.

Tajuk Buku :: Indahnya Hidup Bersyariat
Harga :: RM55.00
Penulis :: Dato' Ismail Kamus


Buku ini merupakan panduan hidup kita sendiri dan keluarga serta masyarakat dari segi fardu ain dan fardu kifayah. Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Tajuk Buku :: FURU' AL-MASAIL WA USUL AL-WASAIL
Harga :: RM75.00
Penulis :: Maulana al-Sheikh Daud Bin Abdullah al-Fathani
Disusun semula :: Datuk Abu Hasan Din al-Hafiz

Buku ini merupakan sebuah karya terjemahan dalam bentuk soal jawab  menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat, dan jinayat.



Tajuk Buku :: RAHSIA MINDA HEBAT
Harga :: RM26.00
Penulis :: Dato'Sti Nor Bahyah Mahamood
                Haji Muhammad Zakaria

Buku ini memberi anda panduan yang amat praktikal melalui tip-tip, fakta, penerangan yang jelas dalam membentuk minda yang cerdas dan hebat untuk anda sekeluarga.




Tajuk Buku :: MADINAH MUNAWARAH : KELEBIHAN DAN SEJARAH
Harga :: RM30.00
Penulis :: Dr.Abdul Basit Hj.Abdul Rahman@Abu Anas Madani

Buku ini mendalami sejarah asal usul dan ketamadunan pembinaan pusat perkembangan agama Islam. Di samping itu, pembaca juga dapat mencungkil nhikmah yang terdapat di sebalik kewujudan bandar istimewa ini.



Tajuk Buku :: MAKKAH al-MUKARRAMAH : KELEBIHAN DAN SEJARAH
Harga :: RM30.00
Penulis  ::  Dr.Abdul Basit Hj.Abdul Rahman@Abu Anas Madani 

Buku ini membawa penampilan tentang sejarah Makkah al-Mukarramah sebagai sebuah bandar paling lama dan bersejarah,kelebihan,pembangunan dan perkembangan semasa kota suci ini,sempadan tanah haram,tentang ibadah tawaf dan sa'i,syarat memasuki Makkah,telaga zam-zam dan tempat-tempat bersejarah di Makkah

Tajuk buku :: DARAH-DARAH HAID, NIFAS & ISTIHADHAH
Harga :: RM26.00
Penulis :: Tuan Guru Haji Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki  


Buku ini menerangkan hukum-hakam tentang haid, nifas & istihadhah berserta persoalan-persoalan penting dan pelbagai lagi yang mana wanita Muslimah perlu mengetahuinya kerana ianya boleh menentukan kesahihan dan kerosakan dalam amal ibadat.




Tajuk :: 21 KAEDAH MENDIDIK ANAK CEMERLANG
Harga :: RM19.90
Penulis :: Dato Fadzilah Kamsah & Muhammad Zakaria        


Buku ini sesuai untuk ibu bapa, guru, pendidik dan pengasuh untuk melahirkan anak yang cemerlang dalam pelbagai aspek kehidupan. Buku ini mengandungi nota ringkas dan gambar foto serta ilustrasi yang menarik yang dapat memberi gambaran dengan lebih jelas kepada pembaca.



Tajuk :: 101 DOA DARIPADA HADIS-HADIS SAHIH
Harga :: RM30.00
Penulis :: Zahazan Mohamed    

Buku ini mengandungi doa dan zikir yang mampu menjadi motivasi diri untuk menguatkan rohani dan jiwa. Ahli psikologi mengatakan apa yang minda kita mampu fikir, kita mampu buat. Fikiran minda itu ialah doa dan zikir. selain itu, doa dan zikir juga perlu melalui adab dan kaifiat.



Tajuk :: 101 DOA PARA NABI & RASUL DALAM AL-QURAN KHASIAT & KAIFIAT BERAMAL
Harga :: 25.90
Penulis :: Ust. Hj. Zahazan Mohamed

Buku ini menghimpunkan 101 Doa Para Nabi & Rasul dalam Al-Quran berserta keterangan ayat, khasiat dan kaifiat beramal dengan doa tersebut. Susunan doa-doa ini adalah mengikut tertib surah yang terkandung di dalam Al-Quran. Kelebihan buku ini adalah setiap doa akan disandarkan kepada keterangan berkaitan latar belakang ayat dan kelebihan beramal dengan ayat-ayat tersebut berdasarkan sumber-sumber daripada kitab-kitab tafsir terkemuka karangan salaf dan khalaf seperti Tafsir Ibn Kathir, Al-Durrul Manthur, Al-Qurtubi dan sebagainya.

Tajuk :: 101 KISAH & PENGAJARAN DARIPADA AL-QURAN, AL-HADIS, & HAYATUS SAHABAH
Harga :: RM 29.90
Penulis :: Zahazan Mohamed


Buku ini mempunyai himpunan kisah yang dipetik daripada Al-Quran, Al-Sunnah dan Al-Athar yang boleh dibacakan kepada anak-anak. Manhaj yang dipilih penulis adalah menjelaskan maksud kisahnya, diikuti dengan cadangan beberapa pengajaran yang dapat dipetik daripada setiap kisahnya. Buku ini juga mengandungi mesej, nasihat dan pengajaran selari dengan roh Al-Quran.

Tajuk :: 101 ADAB & PETUA KECEMERLANGAN PELAJAR
Harga :: RM16.90
Penulis :: Siti Nor Bahyah Mahamood, Zahazan Mohamed, Mahfuzah Omar

Buku ini mengandungi adab-adab dan petua untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Buku ini sesuai untuk dijadikan panduan kepada pelajar untuk capai kecemerlangan diri dan di sisi Allah serta disertakan beberapa doa seperti doa apabila terlupa.


Tajuk :: 101 PETUA MURAH REZEKI & JAUHI HUTANG
Harga :: RM19.90
Penulis :: Siti Nor Bahyah, Zahazan Mohamed, Mahfuzah Omar

Buku ini memberi petua bagaimana mendapatkan rezeki yang murah serta terhindar daripada hutang.





Tajuk :: 300 HADIS BIMBINGAN 
Harga :: 25.90
Penulis :: Zahazan Mohamed, Ahmad Hasan Mohd. Nazam

Buku ini telah mengumpulkan 300 hadis sahih yang paling utama yang mencakupi bidang kehidupan harian dan disusun mengikut keutamaan tajuk seperti  ilmu, beramal, berjemaah, hal ehwal Rasulullah s.a.w, para sahabat dan sebagainya.




Tajuk :: ADA BAGUS BAGUSSS
Harga :: RM25.90
Penulis :: Dr. Hm Tuah Iskandar

Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman beliau sepanjang kehidupan : iaitu dari era persekolahan hingga masa kini. Daya imaginasinya cukup tinggi. Beliau segera nampak dan menganalisa di sebalik apa yang berlaku. Siri ini menghurai tentang motivasi diri, kehidupan, kekeluargaan, keibubapaan, suami isteri, remaja, dan sebagainya.


Tajuk :: ADAB MALAM PENGANTIN
Harga :: RM12.00
Penulis :: Dr. Mohd Ismail Tambi

Buku ini adalah tuisyen segera untuk kemahiran menghadapi malam pengantin dalam bentuk yang sangat beradab, suci dan mengikut syariat islam. Anda tidak perlu menyorok-nyorok untuk belajar ilmu seindah malam pengantin ini. Bukan itu sahaja malah disediakan juga ilustrasi yang jelas dan telus tetapi tidak memalukan. Sesiapapun boleh membaca buku ini, malah boleh juga dijadikan hadiah yang sangat bermakna untuk majlis perkahwinan. Anda boleh khatam ilmu malam pengantin dalam masa 20 minit sahaja.

Tajuk Buku :: JALAN PINTAS KE ARAH PELAJAR CEMERLANG
Harga :: RM22.90
Penulis :: Prof.Madya Hj.Md.Izuddin Hj.Ali
                Zetty Zahureen Mohd Yusoff

Panduan kepada 3 golongan iaitu pelajar, guru dan ibu bapa..
Pelajar-dapatkan kemahiran dan teknik belajar kearah menjadi pelajar cemerlang
Guru - bahan panduan untuk mendidik murid-murid anda
Ibu bapa - menerangkan persekitan kediaman yang boleh dimainkan oleh ibu bapa untuk keperluan anak-anak

Tajuk Buku :: MEMAHAMI KEINDAHAN SURAH AL-KAHFI
Harga :: RM20.00
Penulis :: Hj.Mohd.Zamri Mohd Zainuldin
                 Hj.Mohamad Wahid Abd Hanif

Buku ini disusun agar para pembaca bukan semata-mata membaca surah al-kahfi,malahan dapat menghayatinya dengan bertadabbur. Allah SWT berfirman dalam surah Muhammad ayat 24 yang bermaksud : "Maka,adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup(yang menghalanginya daripada memahami dan mengambil pengajaran)?"


Tajuk Buku :: ANAKKU DAPAT SEMUA A
Harga :: RM20.00
Penulis :: Dr.Shukri Abdullah

Buku anakku dapat semua A ialah untuk para penjaga menangani dan mengatasi masalah anak-anak dalam pembelajaran.Jangan menyalahkan anak semata-mata apabila mereka gagal mencapai prestasi yang cemerlang dalam pembelajaran. Mungkin ada empat pihak yang bertanggungjawab iaitu diri pelajar itu sendiri, ibu bapa, guru dan sekolah dan persekitaran seperti kawan-kawan dan kemudahan di rumah.

Tajuk Buku :: ANDA MAMPU MELAKUKANNYA
Harga :: RM19.90
Penulis ::Arif Muazzim Abdul Rahman(AMAR)

Buku ini adalah suara remaja masa kini.Di samping itu, buku ini dimuatkan dengan tazkirah dan kutipan permata ilmudari pelbagai sumber. kandungan buku ini dihiasi pula foto dan ilustrasi oleh penulisnya sendiri.




Tajuk Buku :: BEGINILAH AL-QURAN MENGAJAR KAMI
Harga :: RM20.00
Penulis :: Mohammad Nidzam Abdul Kadir
                Mohd Zamri Mohd Zainuldin

Baca al-Quran ialah membaca hanya dengan lidah.Ayat-ayat al-Quran disebut mengikut hukum tajwid dan dilagukan mengikut kaedah-kaedah taranum.Maka akan terserlah keindahan dan ketinggian nilai seni ayat-ayat al-Quran itu. pembacanya akan terhibur,beroleh ketenangan jiwa dan kepuasan yang tersendiri di samping ganjaran pahala dan fadilat surah-surah tertentu.


Tajuk Buku :: WASIAT LUKMAN AL-HAKIM
Harga :: RM20.00
Penulis :: Ahmad Hasan Mohd.Nazam

Wasiat Lukman al-Hakim kepada anaknya seperti yang terdapat dalam surah Luqman sering dijadikan rujukan untuk mencari bahan guna mendidik anak-anak. Bukan sahaja berguna bagi anak-anak, malah wasiat atau nasihat ini berguna untuk panduan seluruh umat sejagat.Malah ayat-ayat 12 hingga 19 surah Luqman ini adalah sumber rujukan yang paling popular.



Tajuk Buku :: WAHAI TUHAN,ENGKAULAH PENYEMBUH
Harga :: RM20.00
Penulis :: Dato' Ismail Kamus
                Hj.Mohd.Wahid Abd Hanif

Buku ini menampilkan doa-doa terpilih daripada al-Quran dan hadis Rasulullah SAW yang amat mustajab untuk mengubat penyakit rohaniahyang tidak mungkin disembuhkan oleh perubatan secara fizikal semata-mata.


Tajuk Buku :: DIARI HAMIL (MENANTI DETIK KEINDAHAN BERSAMAMU)
Harga :: RM26.00
Penulis :: Kamaruddin Mamat
                Khairun Nisa' Zakaria
                Muhd Mawardi Zakaria
                Khulwana Hanapi
Buku ini disusun untuk kegunaan dan rujukan ibu dan bakal ibu sepanjang tempoh mengandung orang baru yang bakal lahir. semua orang mengimpikan cahaya mata yang sempurna dan soleh atau solehah. Sebagaimana Allah merancang,anda juga perlu merancang sebuah kelahiran yang cemerlang.


Tajuk Buku :: DOA, ZIKIR & MUNAJAT YANG DIDENGARI ALLAH
Harga :: RM12.00
Penulis :: Zahazan Mohamed
                Mohd.Wahid Abd Hanif

Buku ini mengandungi doa, munajat dan zikir dalam 4 bahagian termasuk kaifiat dan khasiat beramal dengannya : doa harian, doa dalam keadaan tertentu, doa minta perlindungan, dan zikir


Tajuk Buku :: FORMULA SOLAT SEMPURNA
Harga :: RM25.90
Penulis :: Zaharuddin Abd Rahman

Buku ini menjelaskan kepada pembaca dengan pendekatan mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat  bersama rukun dan syaratnya. keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad daripada para ulama hadis silam dan semasa.



Tajuk Buku :: HARAMKAH ROKOK? (HUKUM & PENYELESAIANNYA)
Harga :: RM12.00

Penulis :: Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Dalam siri kajian hukum kali ini, penulis berbesar hati untuk menekuni isu merokok mengikut perspektif Islam. Walaupun penggunaan tembakau di negara maju sudah berkurangan,keadaan berlaku sebaliknya di negara membangun. Persatuan Perubatan Malaysia dalam kenyataannya,Action on Smoking and Health melaporkan terdapat kira-kira 3.5 juta perokok di negara ini.


Tajuk Buku :: HIMPUNAN HADIS MODAL INSAN
Harga :: RM29.90
Penulis :: Dr.Zulkifli  Mohamad al-Bakri

Buku ini memaparkan 25 hadis merangkumi 4 aspek kehidupan iaitu membentuk peribadi dan sahsiah insan, bidang pekerjaan dan kerjaya , perhubungan sesama manusia dan bidang ekonomi.




Tajuk Buku :: INDAHNYA AMALAN DOA
Harga :: RM35.00
Penulis :: Dato' Ismail Kamus

Doa boleh mengubah persepsi hidup seorang insan daripada seorang yang lemah serta tidak berdaya maju menjadi seorang yang bermotivasi tinggi dan bekerja keras.Malah sebahagian daripada keyakinan doa yang mereka panjatkan kepada "Tuhan" mereka walaupun pada hakikatnya Allah SWT jua yang menyempurnakan permintaan dan hajat mereka itu.



Tajuk Buku :: INDAHNYA SAAT BERSAMA-MU
Harga :: RM19.90
Penulis :: Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani
                Zahazan Mohamed


Buku ini mendedahkan rahsia bagaimana seseorang dapat merasai kemanisan bangun beribadah pada tengah malam.Ramai orang yang mampu bangun pada tengah malam tetapi tidak ramai yang sanggup berwuduk dan solat sunat atau membaca al-Quran




Tajuk Buku :: ISTERI DAN PUTERI RASULULLAH
Harga :: RM23.00
Penulis :: Muhammad Mahdi al-Istambuli
                Musthafa Abu Nashr Al-Sayilby


Buku ini bermula dengan membawa prospektif dan senario kaum wanita sebelum Islam daripada pelbagai bangsa dan agama di dunia. Kemudian dibentangkan profil dan ciri-ciri wanita Muslimah.




Tajuk Buku :: JANGAN MAIN-MAIN
Harga :: RM25.90
Penulis :: Dr.HM Tuah Iskandar al-Haj


Buku ini mengisahkan tentang semangat,daya tahan,daya tahan, daya juang, kecerdasan, minda, membangun ,minda, kepemimpinan, kesihatan, kesungguhan bekerja, kerjaya, keusahawanan, mencipta nama, pengurusan cemerlang, fahaman keagamaan, emosi, cinta, peranan hati, akhlak, belajar dari alam, psikologi, ketamadunan manusia, sejarah nabi,takdir,rezeki dan ajal.



Tajuk Buku :: JIN:HAKIKAT & PENGUBATAN
Harga :: RM34.90
Penulis :: Dato' Hj.Ismail Kamus


Walaupun tidak dapat dilihat tetapi ia sebenarnya wujud. malah ia sentiasa berlegar di sekitar kehidupan kita. Ada yang dalam bentuk asalnya dan ada juga dalam bentuk jelmaan atau samaran. Paling hampir ialah qarin iaitu jin pendamping diri kita sendiri. Apakah hubung kait jin dengan kehidupan manusia? Apakah gejalayang dikatakan berpunca daripada jin tanda permusuhan mereka dengan kita??



Tajuk Buku :: KAEDAH MENDIDIK ISTERI & ANAK
Harga :: RM17.00
Penulis :: Abdul Rahman Mohamed
 
Buku ini antara galakan dan larangan memukul dalam Islam ini menyingkap masalah kegagalan pendidikan dan pentarbiahan yang melanda umat Islam kini. Kegagalan ini melahirkan generasi yang semakin liar. Adakah pendidikan melalui kaedah berlembut dan "memberi muka" menjadi punca segala kegagalan ini? atau sudah hilangkah amalan pendidikan yang tegas dalam masyarakat kini? Bacalah buku ini untuk mendapatkan kepastian dan jawapannya...



Tajuk Buku :: KELUARKAN SINGA DARIPADA DIRI ANDA!
Harga :: RM20.00
Penulis :: Muhammad Zakaria

Anda sebenarnya mempunyai potensi yang cukup kuat untuk berjaya mengatasi orang lain. Tetapi anda sendiri tidak mengetahuinya atau tidak pasti tentang kewujudannya. Bakat anda sentiasa terpendam. Tidak ada orang yang sudi membongkar keupayaan anda yang unggul itu. Walhasil anda adalah seperti diri anda yang dulu. Tabiat manusia memang cukup susah berubah.



Tajuk Buku :: LANGKAH BIJAK USAHAWAN TERBILANG
Harga :: RM39.90
Penulis :: Hj.Muhammad Zakaria
                Dato' Dr. Hj.Mohd Fadzilah Kamsah
Ramai orang bercita-cita menjadi usahawan.Kata mereka. "Keusahawanan ialah dunia yang glamor." Anda juga mungkin tidak terkecuali. Kalau pun bukan sekarang mungkin untuk suatu masa akan datang.




Tajuk Buku :: MAQASID SYARIAH
Harga ::RM8.00
Penulis :: Wan Mohd Nasir Bin Wan Abd Wahab Al-Madani Al-Azhari
Allah SWT menurunkan syariat-Nya bagi membantu manusia melaksanankan tanggungjawab sebagai Kkhalifah.Tujuan disebalik setiap pensyariatan disebut sebagai maqasid. Maqasid Syariah adalah tujuan yang dikehendaki oleh Allah SWT dalam setiap hukum.



Tajuk Buku :: MENANGANI ANAK BERMASALAH
Harga :: RM19.90
Penulis :: Dato' Dr.Hj.Mohd.Fadzilah Kamsah
                Hj.Muhammad Zakaria
                Maheran Makhtar



Buku ini menjadi panduan kepada ibu bapa, guru, pengasuh, pendidik dan segenap lapisan masyarakat untuk mendapatkan tips menangani anak bermasalah.


Tajuk Buku :: MENANGANI SIFAT MARAH
Harga :: RM19.90
Penulis :: Dato' Dr.Hj.Mohd.Fadzilah Kamsah
                Mumtazah Tumian
                Mahfuzah Omar

Buku ini menjadi panduan untuk semua individu daripada segenap lapisan masyarakat untuk mendapatkan tips bagaimana menangani sifat marah dalam diri.





Tajuk Buku :: HIMPUNAN HADIS MODAL INSAN 2
Harga :: RM29.90
Penulis :: Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri

Buku ini merupakan sambungan dari himpunan hadis modal insan. Jilid 2 ini memaparkan 25 hadis lagi(Hadis 26-50) merangkumi 4 aspek kehidupan : Membentuk peribadi & sahsiah insan, bidang pekerjaan & kerjaya, perhubungan sesama manusia dan bidang ekonomi.




Tajuk Buku :: MUTIARA PELAJAR
Harga :: RM20.00
Penulis :: Prof.Madya Hj. Md.Izudin Hj. Ali
                Zetty Zahureen Mohd Yusof
Buku ini ialah himpunan kata-kata motivasi sedutan daripada ayat al-Quran,hadis,kata hukama,bijak pandai, ahli motivasi,pendidik dan sebagainya.Kata-kata ini diulas supaya jelas maksud dan diperinci pengajaran yang boleh dicungkil daripadanya.Sasaran Mutiara ini ialah pelajar dan remaja.



Tajuk Buku :: NOTA JUTAWAN,NOTA KEWANGAN
Harga :: RM30.00
Penulis :: Noor Irfan Khairi Noor Azmi

Pendekatan yang santai dan mudah dalam bentuk peta minda,menjamin buku ini juga amat menarik perhatian pembaca yang rata-rata memberi tumpuan kepada tip-tip atau inti sari mengenai motivasi,perniagaan dan keusahawanan. Walaupun secara santai dan bersahaja, namun idea-idea yang disampaikan adalah amat serius untuk semua pembaca mempraktikkan supaya pembaca dapat menguruskan kewangan dengan lebih baik,bijak dan berhemah.insyaAllah!


Tajuk Buku :: NOTA HATI SEORANG LELAKI
Harga :: RM20.00
Penulis ::Pahrol Mohd.Juoi

Buku ini meluahkan isi hati seorang lelaki yang sangat wajar dibaca oleh mereka yang bergelar isteri, adik, anak, pelajar dan ibubapa kepada mereka yang bergelar LELAKI.Ia menyelami perasaan dan jiwa seorang lelaki menurut perspektif rumah tangga, pendidikan, moral, ekonomi, politik dan lain-lain “gelanggang” juang mereka. Ia ditampilkan dalam bentuk yang sangat santai tetapi mengandungi maksud yang sangat mendalam. Di sebalik setiap kisah ada mesej penting yang sangat relevan dan signifikan.


Tajuk Buku :: PALESTIN TAK PERNAH GENTAR
Harga :: RM20.00
Penulis :: Dr.Zulkifli Mohamad al-Bakri
                 Fatimah Syarha Mohd.Noordin
Palestin adalah isu yang tak kunjung selesai.Ada kalanya panas, kemudian sejuk kembali.Media antarabangsa yang dikawal oleh kuasa besar yang juga termasuk dalam kalangan kelompok tali barut yahudi memanipulasikan berita supaya meredakan kemarahan umat Islam.Sebab itu kita lihat dengan tiba-tiba sahaja berita serangan ke atas Gaza awal tahun 2009 padam semalaman.


Tajuk Buku :: PANDUAN PERBANKAN ISLAM(Kontrak & Produk Asas)
Harga :: RM20.00
Penulis :: Zaharudin Abd Rahman


Bidang kewangan dan perbankan Islam masih baru jika dibandingkan dengan kewangan dan perbankan konvensional. Oleh itu, ia memerlukan usaha berterusan untuk menjelaskan konsep ini kepada pelbagai pihak.Jumlah individu yang mengetahui pula amat sedikit dan sangat sibuk dengan urusan membangunkannya daripada hanya sebuah konsep kepada satu produk yang praktikal,serta boleh ditawar di dalam sebuah ruang undang-undang sedia ada.